MELAKA, 9 Ogos — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menyelamatkan 31 warga emas terbiar yang ditinggalkan di sebuah pusat penjagaan warga emas di Melaka Tengah di sini pada Isnin  lepas.

Exco Wanita, Pembangunan Keluargadan  Hal Ehwal Kebajikan, Ginie Lim Siew Lin berkata usaha menyelamatkan  semua warga emas berusia lingkungan 40-an hingga 80-an untuk dipindahkan ke pusat jagaan lain itu dilaksanakan pada  pukul 3.45 petang.

Belia berkata daripada jumlah itu, 26 orang warga emas berkenaan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (RSK) di Cheng manakala lima lagi orang yang uzur dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Penempatan berkenaan adalah sementara sehingga selesai proses siasatan mengenai latar belakang sosial sama ada semua warga emas berkenaan akan didaftarkan sebagai penghuni tetap RSK atau dipindahkan ke pusat jagaan NGO (badan bukan kerajaan) berdaftar lain.

“Kes ini akan diletakkan di bawah tanggungjawab JKM negeri dan pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan sehingga semua warga emas berkenaan terbela,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA