Jho Low tidak mahu serah diri

Jho Low tidak mahu serah diri

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Ahli Perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang me­larikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia tidak akan menyerah diri kerana dibimbangi tidak akan diadili secara adil.

“Saya tidak akan menyerah diri kepada mana-mana kuasa yang mana kesalahan telah ditentukan lebih awal oleh politik dan kepentingan diri mengatasi proses undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari portal Free Malaysia Today yang dikeluarkan firma perhubungan awam yang berpangkalan di Sydney, Australia.

Dalam pada itu, Jho Low juga menyelar Wall Street Journal (WSJ) dan menuduh akhbar itu melanggar etika kewartawanan apabila laporannya hari ini mengatakan China menggunakannya untuk tawar-menawar dengan Dr. Mahathir sebelum kunjungan Perdana Menteri ke Beijing.

Tambahnya, penulis sebalik laporan itu memberi pence­ritaan pro-Mahathir sebagai permulaan kepada buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

“Artikel WSJ hari ini jelas dirancang oleh rejim Dr. Mahathir yang bekerja dengan wartawan ini ke arah matlamat yang sama.

“Wartawan WSJ akan menerbitkan buku bulan depan yang mereka cuba jual, manakala Dr. Mahathir berniat untuk memajukan agenda politiknya yang korup dengan meletakkan kesalahan tanpa apa-apa bentuk proses undang-undang,” kata kenyataan itu.

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...