MEKAH 19 Ogos – Jemaah kumpulan pertama dari 12 maktab yang bergerak ke Arafah pagi tadi sudah menduduki khemah masing-masing.

Jemaah lain masih menunggu bas yang melakukan tiga perjalanan hari ini bagi membawa mereka untuk berwukuf esok.

Kesemua mereka ditempatkan di khemah-khemah mengikut maktab masing-masing.

Wukuf bermula dari tempoh gelincir matahari 9 Zulhijah (Isnin) sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijah.

Kesemua jemaah dijangka berada di Arafah menjelang tengah malam ini.

Kira-kira tiga juta jemaah menuju ke Arafah hari ini untuk berwukuf esok termasuk lebih 30,200 jemaah Malaysia.

Sementara menunggu tempoh wukuf, mereka melakukan ibadah solat, zikir, membaca al-Quran dan berdoa. – UTUSAN ONLINE