Bukan hak dan tanggung-jawab kamu wahai Mahathir Mohamad untuk mendakwa secara terbuka di pentas-pentas politik tepi jalan dan longkang sambil memfitnah dan menghasut rakyat membenci musuh politik. Itu semua adalah kerja Dajjal sahaja.

Ingatlah, Malaysia masih mengamalkan prinsip pemisahan kuasa dan The Rules of Law bukannya Draconia Law. Lupakah kalian pada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara?

Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) adalah menyiasat kes yang dilaporkan. Tugas Peguam Negara pula memutuskan kes jika ada merits dan primafacie seterusnya mendakwa kes tersebut ke mahkamah.

Tugas hakim adalah membicara dan mengadili kes tersebut dan menjatuhkan hukuman.

Jika Perdana Menteri dan menteri-menteri sendiri turun ke jalanan membuat tuduhan, sekali gus menjatuhi hukuman, maka itu adalah ‘undang-undang rimba’ namanya. Daripada manakah kalian semua belajar berpolitik? Yang Dipertuan Agong pun tiada kuasa sehebat itu.

Justeru, kami ingin meminta Perdana Menteri dan menteri-menteri Pakatan Harapan supaya bersikap lebih rasional sebelum rakyat bangkit memberontak. Perkara yang kalian hujahkan, semuanya sudah pun dibahaskan di Parlimen dan dimaklumi ramai.

Apa logiknya kamu nak menjelaskannya di ceramah-ceramah umum? Masih tak puas hati kah?

Justeru, adakah Perdana Menteri dan menteri-menteri Pakatan Harapan semua ingin memgajak pembangkang membuat program jelajah balas? Tak ada kerja lainkah Ahli Parlimen kita.. berpolitik sakan sampai PRU15. Bukankah itu membazir dan kerja bodoh belaka?

Demokrats Malaysia-Cheras