KUALA LUMPUR, 28 Julai — Cadangan untuk menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini.

Lagipun, katanya, penghapusan tol melibatkan proses yang rumit dan pelbagai pihak.

“Kami telah memberikan beberapa cadangan dan idea (kepada kerajaan) tetapi, sebarang penyusunan semula tol adalah satu mainan campur tolak di mana seseorang perlu membuat pembayaran tidak kira sama ada ia menyediakan atau tidak keseimbangan antara pengguna dan pemegang konsesi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama di Forum Ekonomi dan Kepimpinan 2018, di sini, hari ini.

Shahril berkata penyusunan semula tol sangat rumit kerana kepentingan semua pihak perlu diambil kira. — Bernama