Hantu Kak Limah pecah rekod 4 hari tayang

Hantu Kak Limah pecah rekod 4 hari tayang

Dasyat betul penangan filem Hantu Kak Limah ini dan khabarnya, filem ini dikatakan antara karya terlucu dan terhebat daripada pengarah Mamat Khalid. Mana tidaknya, dalam tempoh 4 hari, filem Hantu Kak Limah (HKL) telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta sehingga tayangan pada 12 Ogos.

Rekod ketiga ini menjadikan filem HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari ditayangkan. Sebelum ini, HKL mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos lalu, sekaligus memecahkan rekod dengan  kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

 

Malah jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Buat peminat dan penonton di Singapura, anda boleh menonton di pawagam berhampiran mereka bermula 16 Ogos ini.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini dibintangi oleh Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida. Ramai yang cakap memang tak berhenti ketawa dan kejung perut tonton filem ini. Siapa yang belum menonton lagi filem ini, tonton dulu trailer filem Hantu Kak Limah ini.-Rotikaya

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...