Tindakan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil yang menolong seorang penjual tisu di sebuah stesen minyak tular di laman sosial Instagram.

Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Pak Nil telah memuat naik video tindakannya menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada seorang lelaki tua yang duduk bersama cucunya.

“Tadi dalam perjalanan ke Singapura, Paknil berhenti di stesen minyak Petronas Bukit Senyum, JB.

“Paknil tersentuh melihat seorang tua ditemani cucunya menjual tisu tersimpuh bersila di atas simen.

“Secara kebetulan dalam kereta Paknil ada telefon bimbit Leego yang bakal Paknil jual di #GoPaknil Rabu depan. Paknil turun dan hadiahkan padanya.

“Doa tulus dari pakcik itu untuk Paknil sudah cukup buat Paknil,” tulisnya.

Tindakan mulia Pak Nil membantu lelaki tua itu telah menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen tersentuh hati dan berasa bangga dengan tindakan murni Pak Nil dalam membantu individu tersebut.