Aktres Emma Maembong menghadiahkan ayahnya, pelukis Ismail Embong sebuah kereta mewah bersempena hari jadi.

Menurut perkongsian video di laman sosial, hadiah mewah itu diberikan oleh Emma bagi menghargai pengorbanan dan jasa ayahnya yang menjaganya dari kecil sampai besar.

“Dari kecik kawan2 mesti cerita “ayah aku CEO” “ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula bekerja untuk bantu ayah. belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. bila kita berjalan byk benda perlu belajar sendiri.” 
“Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting. And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nak ayah dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh. I got my cool sport car from @dtcmotors. Thank you!” tulis Emma diruangan kapsyen.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan video dan kapsyen yang ditulis oleh Emma.




-GEMPAK