Oleh Mohd Puad Zarkashi

Sejak hari ahad, ada lima posting DS Najib yang wajar diulang tayang kerana gagal di jawab oleh Lim Guan Eng. Mungkin beliau tidak berani jawab kerana alasan hutang RM1 Trilion dan Jho Low bawa lari RM50 Bilion tidak lagi laku. Nanti dia akan dicop sebagai Menteri Kewangan gila pula.

Pertama, projek Myhomefund. Ternyata Guan Eng gagal memahami denyut nadi rakyat. Ini perumahan untuk menguntungkan pemaju. Bayangkan deposit rumah yang perlu dibayar ialah RM100K.

Siapa yang mampu terutama untuk anak muda atau pembeli rumah kali pertama. Penjawat awam jangan mimpilah.

Mungkin Guan Eng terbawa bawa perangai lama masa jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Dia bina rumah mampu milik berharga RM400K sebuah. Itu ‘rumah mampu tengok’, bukan Rumah Mampu Milik.

Kedua, apabila syarikat penarafan kredit antarbangsa “Moodys” telah menurunkan taraf (downgrades) penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif, mengakibatkan Ringgit Malaysia jatuh. Hari ini jatuh kepada RM4.20. Bahkan ia menambah tekanan terhadap rizab antarabangsa negara yang terus menyusut setiap bulan sejak PRU ke 14.

Kenapa itu berlaku? Ramai yang tidak tahu bahawa Kerajaan Pkatan Harapan telah meratah duit Petronas untuk membayar dividen iaitu RM 26B untuk tahun 2018 dan RM 54B tahun 2019. Ini jauh berbeza dengan Kerajaan BN yang hanya menggunakan RM 16B pada tahun 2017.

Itulah gara gara kesilapan menamatkan GST dan diganti dengan SST yang tidak pun menurunkan harga barangan. Kini Kerajaan PH mahu menjual aset PNB pula untuk mencari duit.

Ketiga ialah kenyataan YB Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan) bahawa hanya satu peratus sahaja hartanah di Malaysia milik warga asing. Sebelum ini mereka menuduh BN mahu jual negara sehingga sanggup mensabotaj projek Forest City di Johor. Hutang negara juga dikatakan menjual negara. Apakah ‘Bon Samurai’ RM 7.4B bukan menambah hutang negara?

Keempat ialah survey yang dibuat oleh akhbar The Star sama ada rakyat berpuas hati dengan Bajet 2019. Amat mengejutkan 79% rakyat tidak berpuas hati. Patutlah harga saham terus menjunam hingga bawah 1700 mata pada hari ini. Bukan itu sahaja beberapa ekonomis juga mengkritik Bajet 2019 yang dikenali sebagai “Bajet Lim Guan Eng”. Guan Eng sudah tentu tidak tidur lena di atas dapatan survey tersebut.

Dan yang terakhir, DS Najib komen ucapan Tony Pua punahsihat ekonomi kepada Menteri 1 Trilion Dollar Man. Tony Pua berucap berdegar degar di Parlimen kononnya harga barangan kini turun kerana SST.

DS Najib tanya, di Planet mana YB?

-14 November 2018/ 6 Rabiulawal 1440