Berdasarkan fakta kes yang difailkan di mahkamah pada 20 September 2018 berkaitan ‘pencuri’ yang bernama Najib Razak, 25 kes telah didakwa.

Ia berkaitan RM2.6 billion duit dari 1MDB yang ‘dicuri’ oleh Najib pada sekitar Pilihanraya Umum ke 13 iaitu pada sekitar Mac hingga Ogos 2013.

Fakta lawak ketara yang boleh dilihat dari sini adalah fakta angka (nilai wang dari RM2.6 billion) yang disabitkan dengan transaksi kesalahan Anti Money Laundry Act (AMLA).

Kesemua angka-angka yang dikemukakan seperti RM545.8 juta, RM150 juta, RM652 juta dan sebagainya bukanlah angka tepat kerana waktu itu Ringgit Malaysia jauh lebih kukuh berbanding Dollar Amerika berbanding sekarang.

Nilai tukaran waktu 2013 berada pada paras bawah RM4 bagi 1 Dollar berbanding sekarang melebihi RM4 (paling rendah dalam sejarah). Justeru, angka sebenar dalam transaksi ‘curi’ tersebut adalah jauh lebih rendah. Pihak pendakwaan seperti terlalu kemaruk untuk memperbesarkan jumlah wang transaksi berkenaan dengan mengambil kira tukaran Dollar kepada Ringgit pada kadar Ringgit paling rendah.

Lagi satu fakta yang melawakkan…

Pendakwaan terhadap Najib Razak boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu menerima duit, menggunakan duit dan yang ketiga adalah memulangkan duit yang diterima itu kepada sipemberi. Dalam kes ini, si pemberi adalah syarikat Tanore Finance Corporation.

Fakta yang paling melawakkan adalah apabila pihak pendakwaan menyatakan keseluruhan transaksi duit dari Tanore kepada Najib Razak adalah sebanyak RM2.08 bilion melalui 9 transaksi (yang juga diterjemah oleh pihak pendakwaan sebagai 9 kes).

Manakala jumlah duit yang dibayar balik oleh Najib Razak kepada Tenore adalah RM2.187 billion melalui enam transaksi (yang juga diterjemah oleh pihak pendakwaan sebagai 6 kes).

Bermakna ‘pencuri 1MDB’ memulangkan duit itu lebih banyak dari jumlah duit yang ‘dicurinya’. Itulah lawak paling kelakar dalam sejarah pendakwaan pencuri di mahkamah Malaysia.-Malaysiakita