Oleh Mohd Puad Zarkashi

Tommy Thomas pernah menimbulkan kontroversi kerana melantik Ms Sitpa Nevaratnam sebagai Peguam yang mewakili 1MDB dalam kes kapal Equanimity.

Ia dikaitkan dengan amalan kronisme kerana Ms Sitpa pernah bekerja di firma guaman milik Tommy. Semalam sekali lagi persoalan timbul bila Tommy Thomas melantik DS Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan untuk kes 1MDB.

Tindakan itu mendapat kritikan beberapa Peguam. Gopal daripada awal lagi sudah ada pendirian mengenai 1MDB. Selepas dilantik menjadi PM, Gopal antara individu yang dipanggil oleh Tun untuk membincangkan isu 1MDB.

Dia membuat kenyataan terbuka mempertahankan perlantikan Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara. Bahkan dia juga membuat kritikan terbuka terhadap Hakim Mahkamah Tinggi kerana menolak saman RM2.6 B oleh Tun Mahathir atas isu “Najib bukan Penjawat Awam”.

Maka apakah ketelusan dan keadilan akan berlaku kalau dia terlibat sebagai Pendakwa. Terdapat Peguam yang bimbang pendakwaan dendam akan berlaku dan proses keadilan tidak berjalan.

Sebelum ini Tommy juga dikritik hebat kerana berlaku pesta menggugurkan kes terhadap beberapa individu pro PH.

Contohnya penarikan balik pertuduhan terhadap Hassan Karim MP Pasir Gudang, Thomas Su Keong Siong MP Kampar, R Sivarasa MP Sg Buloh, N Surendran bekas MP Padang Serai, Ratu Naga dan pelukis kartun Zunar.

Keputusan Pejabat AG untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap skandel tanah Ijok juga memeranjatkan. Perkembangan ini membimbangkan. Masalahnya, kenapa Majlis Peguam membisu?

1 September 2018/20 Zulhijah 1439