Cukai baru akan dilaksana

Cukai baru akan dilaksana

PERLAKSANAAN  sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat belum berjaya memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.

Berikutan itu, kerajaan berhasrat memperkenalkan cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan kepada negara.

Bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci tentang cukai itu dan bila akan dilaksanakan.

“Ini adalah satu cara kerajaan mendapatkan wang, tetapi kita belum membuat sebarang keputusan.

“Ia cukai yang berbeza daripada SST tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Dari situ kita akan tahu apakah bentuk cukai yang akan kita laksanakan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Forum Malaysia di Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

Sementara itu, Dr. Mahathir memberitahu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan cada­ngan menjual atau melepaskan beberapa aset negara termasuk tanah bagi mengurangkan beban hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Kami sedang mempertimbangkannya (jual aset), itu adalah jalan untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang,” katanya.

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...