Buku panduan khas untuk berdakwah kepada masyarakat bukan islam, telah diterbitkan oleh Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa(IPSI).

Ia mengandungi koleksi soalan-soalan popular yang kerap ditanyakan oleh masyarakat bukan islam sekiranya mereka didekati oleh pendakwah-pendakwah dalam usaha mebyebarkan agama Islam kpd mereka.

Buku berkenaan dihasilkan oleh Presiden yang juga pengasas IPSI Kamarudin Abdullah berdasarkan pengalaman beliau selama lebih 30 tahun berdakwah.

“Dengan adanya buku ini, pendakwah akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat bukan Islam kerana sudah terlebih dahulu memahami apakah persoalan yang kerap mereka persoalkan tentang agama islam.

“Buku ini juga saya terbitkan dalam bahasa inggeris agar ia boleh disampaikan kepada masyarakat pelbagai bangsa di seluruh dunia,” katanya.

Menurut Kamarudin, buku setebal 89 mukasurat itu dijual pada harga RM15 senaskah. Sesiapa yang berminat untuk membelinya, boleh menghubungi beliau di 019-4115665 atau 04-2274827.