SELEPAS lawatan Tun Mahathir ke China pada 19 Ogos lalu, berbagai laporan berita (review) yang telah disiarkan pelbagai media termasuklah Media Bukan Arus Perdana yang menular di internet.

Seperti kebiasannya serta lumrahnya, media arus perdana pasti akan memberi liputan yang amat positif manakala media pro-pembangkang pula pasti sebaliknya.

Manakala untuk tidak memeningkan rakyat  dari golongan ‘common public/layman’ , seeloknya adalah merujuk juga kepada media -media antarabangsa. Mungkin review mereka lebih ikhlas dan tiada agenda politik.

Setelah saya membaca pelbagai laporan berita serta review berkaitan lawatan perdagangan Tun Mahathir ke China itu, saya sudah semakin sukar untuk membuat kesimpulan samada lawatan itu berjaya atau gagal.

Ini adalah kerana review daripada lawatan tersebut yang telah dianalisa dan di saiar oleh pelbagai media, memberi gambaran yang pelbagai nada. Ada yang mengkritik, ada yang menyokong dan ada pulang yang mengkritik tapi menganggap ia adalah cara profesional Tun Mahathir(yang penuh pengalaman)-justeru, wajar dihormati dan dilihat dulu keberkesanaannya.

Banyak media yang menyifatkan lawatan Mahathir itu ‘gagal’ kerana tiada sebarang pelaburan baru di bawa balik ke Malaysia. Ada yang menyifatkannya ‘berjaya’ kerana review media antarabangsa kebanyakkannya hanya memberi kenyataan secara umum bahawa China bersedia teruskan kerjasama bilateral dengan Malaysia.

Disamping itu, banyak media juga membuat kesimpulan bahawa lawatan itu tidak seperti yang sepatutnya apabila mereka membandingkan dengan lawatan yang sama dilakukan oleh Najib Razak sebelum ini.

Beberapa persoalan  yang dipertikaikan adalah:

  1. kenapa yang melayan lawatan Tun Mahathir itu hanya Perdana Menteri Li Keqiang dan bukannya  Presiden China, Xi Jinping sendiri sepertimana ketika Najib Razak dahulu?
  2. kenapa sambutan pemimpin negara (Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia)hanya di buat di dalam dewan, bukannya perbarisan di dataran seperti Najib Razak dan perdana menteri negara lain? Ia dilihat tidak ubah seperti perbarisan menyambut Yang Dipertua PIBG sekolah ketika hari penyampaian hadiah dan mesyuarat tahunan PIBG.
  3. kenapa Tun Mahathir memberi kenyataan media yang berbeza; ketika di China beliau menyatakan pelabur China memberi rasuah saham 30% untuk projek di Malaysia, tetapi dalam sidang media sekembalinya ke Malaysia, Mahathir menyatakan rasuah/komisen itu adalah dari peniaga berbangsa Cina di Malaysia?
  4. kenapa Li Keqiang tiba-tiba naik angin dan ingin menghentikan sidang media sebaik sahaja Mahathir menyebut berkaitan Konsensus Perdagangan Bebas?
  5. kenapa media arus perdana di Malaysia serta cybertrooper Pakatan Harapan terlalu bersungguh-sungguh melaksanakan propaganda menyatakan lawatan Mahathir ke China mendapat ‘layanan istimewa’ sedangkan tiada apa pun yang dilihat sebagai istimewa? Ia dilihat seolah-olah cuba menutup sesuatu kelemahan dari lawatan itu.

Terpulanglah kepada semua rakyat Malaysia untuk menilai sendiri. Tetapi seeloknya jangan menilai berdasarkan maklumat dari satu sumber, kumpullah maklumat dari pelbagai sumber sebelum anda membuat kesimpulannya.

Kita juga yakin bahawa Tun Mahathir juga seperti Najib Razak yang mempunyai jiwa untuk memartabatkan tanahair Malaysia dan bukannya untuk menggadaikannya.

Walau apa pun, China adalah kuasa ekonomi dunia yang wajar dihormati. Walau apa jua pun, cina adalah kuasa ekonomi Malaysia dan tidak wajar terus dihormati jika sudah ‘naik lemak’.

Nur Sabrina Abdullah-Langkawi,Kedah