KECOH  seketika laman sosial apabila penyanyi yang juga merupakan juara Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mendakwa bahawa hadiah seutas rantai bernilai RM80,000 yang diberikan kepadanya adalah palsu. Datuk Seri Vida selaku insan yang bertanggungjawab ke atas hadiah tersebut menafikan dakwaan itu.

“Ada orang cakap batu sintetiklah… orang kata palsulah tapi hakikatnya ia bukan rantai palsu. Ia adalah rantai emas putih dan batu permatanya adalah daripada gred tertentu. Saya beli rantai tu dekat Hong Kong empat tahun lalu. Ia amat berharga di mata saya”

“Saya akan adakan pertemuan dengan Aishah dalam masa terdekat. Kita duduk bersama-sama untuk menerima penyerahan kembali rantai itu dengan hati yang sangat gembira. Pulangkan kepada saya, tidak mengapa”

“Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini,” katanya kepada mStar Online

Sementara itu, Vida menjelaskan bahawa rantai tersebut merupakan barang kemas kesayangannya dan turut gembira dapat menerima rantai itu semula.

“Walaupun tiada nilai di mata Aisyah tapi ia amat berharga pada saya. Saya suka reka bentuk dan segalanya tentang rantai itu dan saya akan pakainya dengan bangga selepas ini,” jelasnya