Ali Hamsa bakal tamat 29 Ogos?

Ali Hamsa bakal tamat 29 Ogos?

PUTRAJAYA 17 Ogos – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa enggan mengulas lanjut mengenai desas desus persaraannya ekoran kontrak perkhidmatannya dikatakan bakal tamat pada 29 Ogos ini.

Beliau juga tidak mengetahui sama ada status kontraknya akan disambung atau ditamatkan.

“Saya tidak tahu lagi.. belum boleh komen lagi, sekarang ada mesyuarat Kabinet,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, seorang sumber Pejabat Perdana Menteri berkata, kontrak Ali yang berakhir pada hujung bulan ini tidak akan disambung.

Difahamkan, perkhidmatannya sebelum ini disambung secara kontrak ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ali yang berusia 63 tahun memegang jawatan berkenaan sejak enam tahun lalu.

Antara individu yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan Ketua Setiausaha Negara termasuklah Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC),Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. – UTUSAN

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...