PULAU PINANG – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Dr. Afif Bahardin mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan pucuk pimpinan PKR sebelum ini.

“Tapi, tunggu hari Ahad inilah (tarikh pemilihan PKR) sebab ketika ini, saya masih belum berhasrat untuk mengumumkan apa-apa lagi.

“Apa yang pasti, saya tidak akan mempertahankan jawatan saya ketika ini (Timbalan Ketua AMK Pusat),” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.-UTUSAN