4,000 projek Mesra Rakyat dimansuhkan

4,000 projek Mesra Rakyat dimansuhkan

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Pas mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan mengenai dakwaan lebih 4,000 projek Mesra Rakyat yang diluluskan bagi 2018 telah dimansuhkan.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, berdasarkan sumber maklumat yang diperoleh sehingga Julai 2018, 4,000 projek Mesra Rakyat tersebut merangkumi setiap Parlimen di seluruh negara dengan anggaran keseluruhan nilai projek tersebut berjumlah lebih RM100 juta.

“Kebanyakan projek ber­kenaan adalah di luar kawasan bandar dan ia adalah projek keperluan masyarakat setempat seperti masjid, dewan dan jalan raya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily hari ini.

Selain itu kata Nasrudin, tuntutan pembayaran projek berjumlah kira-kira RM8 juta masih belum dilunaskan disebabkan pemberhentian dana daripada pihak kerajaan.

“Sekiranya jumlah ini tidak dibayar kepada pihak kontraktor bumiputera ini, maka lebih kurang 400 syarikat kontraktor akan muflis.

“Bukan sekadar itu, kehidupan harian mereka turut terjejas. Pas menuntut pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kementerian Kewa­ngan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk tampil memberi penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...