20,000 pekerja MMC Gamuda hilang kerja

20,000 pekerja MMC Gamuda hilang kerja

KUALA LUMPR 9 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan perlu mencari alternatif lain sebelum mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) yang akan meng­akibatkan lebih 20,000 kakita­ngan syarikat itu kehilang­an pekerjaan.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Moha­med Shafie BP Mam­mal berkata, ini ter­masuk me­ngadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian Sumber Ma­nusia supaya keputusan tersebut tidak dilihat sebagai bermotifkan politik.

‘‘Saya mendesak ke­ra­jaan sedia ada untuk me­lihat perkara ini, adakah pemberhentian ini berunsur politik? Keputusan ini perlu dikaji semula kera­na ia melibatkan begitu ramai pekerja diberhentikan serentak.

‘‘Sepatutnya pemberhentian pekerja ini dilihat sebagai satu yang positif seperti mencari alternatif lain sebelum mengambil tindakan melakukan pembuangan pekerja,’’ ka­tanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kementeri­an Kewangan membuat keputusan untuk menamatkan kontrak syarikat itu melibatkan kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2).

Katanya, lebih 20,000 tenaga kerja terlibat adalah daripada rantaian bekalan meliputi lebih 600 syarikat Malaysia dan 60 peratus adalah go­longan bumiputera.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Jaafar Abdul Majid berkata, ke­pu­tusan drastik yang diambil syarikat tersebut menyebabkan penambahan kadar pengangguran di negara ini.

‘‘Saya mohon Kementerian Sumber Manusia mengambil maklum masalah ini seterusnya membantu pihak terlibat mendapat pekerjaan selepas diberhentikan.

‘‘Sekiranya mereka ter­paksa diberhentikan, nasib mereka (pekerja) perlu dibela seperti pembayaran pampasan setim­pal sebelum mendapat kerja di tempat lain serta merujuk Sistem Insu­rans Pekerjaan (SIP) bagi membantu pekerja menampung kehidupan ha­rian,’’ katanya.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...