Nampaknya tempoh 100 hari kerajaan baru sudah pun tiba. Tapi memang semua sedia maklum bahawa tidak satu pun janji yang dicanangkan pada kempen PRU14 lalu, sudah dikotakan.

Boleh dikatakan janji tersebut tak ubah seperti bulan dan bintang, yang mana tidak akan dapat dicapai sampai bila-bila pun, apatah lagi dalam 100 hari.

Sekarang ini nampaknya pemimpin Pakatan Harapan sudah mula menukar nada daripada janji 100 hari kepada janji sepenggal (5 tahun) kononnya perlaksanaan janji tersebut terhalang akibat masalah kewangan negara yang begitu kritikal ditinggalkan oleh pentadbiran Najib.

Sebelum ni, jika dipersoalkan kenapa tidak turunkan harga minyak sehari selepas ambil alih kerajaan sepertimana yang dijanjikan, mereka bagi alasan tidak boleh beranak segera selepas kahwin.

Sekarang, sudah habis 100 hari (tempoh yang mereka sendiri set), mereka sudah tukar kepada tempoh sepenggal iaitu 5 tahun pula. Jika mereka memang benar-benar mengejar perlaksanaan setiap janji itu, tidak apa lah.

Tapi sebaliknya, mereka sibuk mengejar untuk menyapu bersih segala peluang kewangan yang ada agar parti mereka punyai duit yang cukup sebelum ditendang keluar oleh rakyat tak lama lagi.

Sudah jelas seperti ini pun, masih ada rakyat yang tidak bangkit menolak dan masih taksub dengan kerajaan kaki penipu tersebut.

Zulfikri Kamarudin-Maran, Pahang