JIKA kuasa media sosial dan telefon pintar diiktiraf sebagai senjata utama yang berjaya menumbangkan kerajaan 61 tahun Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu, maka kuasa media sosial juga tidak boleh diketepikan dalam menilai 100 hari pertama pemerintahan kerajaan baharu Malaysia.

Majoriti pakar media massa dan sains sosial mengakui bahawa kuasa media sosial yang berasaskan internet dan telefon pintar adalah alat utama yang berjaya menumbangkan BN melalui penyebaran berita separa sahih dan  bersadur fitnah, menuju ke setiap individu masyarakat Malaysia.

Jika bersandarkan kepada fakta tersebut, maka tidak boleh lah untuk  kita ambil mudah terhadap dapatan hasil pungutan suara atau undian pendapat yang telah dijalankan melalui laman media sosial Facebook sempena 100 hari pentadbiran baru Malaysia.

Tidak mustahil ada pihak yang beranggapan dapatan dari undian itu adalah tidak sahih (non-validity & reliability) kerana ia tidak dilaksana secara intelektual dengan metodologi statistik yang betul.

Namun, sedikit-sebanyak ia sudahpun memberi gambaran yang jelas bahawa majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan baharu yang mereka telah pilih pada PRU14 yang lalu. Pastinya ketika ini ramai yang mengeluh atau tersesal akibat fenomena ‘tersalah pilih’ itu.

Tidak dinafikan, dapatan dari undian media sosial ini juga  sedang diteliti oleh pentadbiran Pakatan Harapan kerana mereka juga perlu membuat post-mortem, dan paling penting adalah untuk mereka membuat persediaan awal seandainya ada kemungkinan berlaku gelombang kebangkitan suara rakyat sepertimana pada 1998.

Mungkin pihak DAP sudah pun ada Pelan B atau Pelan C seandainya masyarakat Melayu bangkit semuanya bergabung untuk menentang kerajaan sedia dengan mengetepikan perbezaan parti politik, tapi hanya atas dasar survival Melayu dan agama Islam.

Tetapi, walaupun carta pai diatas menunjukkan pola yang tidak selesa bagi DAP, namun pastinya juga parti chauvinis itu sudah  membuat perkiraan dari sudut yang lain agar mereka tidak panik iaitu berasaskan dua perangai orang Melayu: pertama-hanya berani cakap belakang sahaja, depan diam. Kedua-sesama Melayu sendiri suka melaga dan berpuak-puak.

Maka, jika diambil kira dua faktor berkenaan, mungkin dapatan undian yang dipapar di carta pai di atas tidak akan memberi ancaman kepada kerajaan PH kerana kebanyakan orang Malaysia hanya berani dalam Facebook sahaja, tetapi tidak berani untuk turun ke jalan menyuarakan protes.-Malaysiakita